PROGRAM CSR BERSAMA ANAK YATIM KOMPLEKS PENDIDIKAN MANABI'UL ULUM, LEKIR PERAK. ANJURAN PELAJAR ADVANCED DIPLOMA ENTREPRENEURSHIP (SEMESTER 2) DAN ADVANCED DIPLOMA ACCOUNTACY (SEMESTER 3) TAHUN 2014

PENGENALAN
Program ini merupakan salah satu projek bagi subjek PU 702 Strategic Management yang telah dilaksanakan oleh para pelajar Diploma Lanjutan Keusahawanan Semester 2 dan juga Diploma Lanjutan Akauntasi semester 3 Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak. Program ini merupakan salah satu program yang merupakan Corporate Social Responsibility daripada pihak pelajar Politeknik Ungku Omar.

Pihak Politeknik sentiasa menggalakkan para pelajarnya untuk berbakti kepada masyarakat umum dan sentiasa melaksanakan Corporate Social Responsibility kerana ia telah menjadi tanggungjawab setiap insan dalam kehidupan. Gambar di atas merupakan gambar kenang-kenangan bersama Ustaz di KPMU.
Aktiviti Sebelum Pelaksanaan Program
Beberapa hari sebelum program tersebut dilaksanakan, para pelajar yang terlibat telah melaksanakan tugasan seperti pengutipan derma yang telah dijalankan di Politeknik Ungku Omar. Dermaan dalam pelbagai bentuk telah dapat diperolehi oleh para pelajar. Hasil kutipan derma adalah dalam bentuk wang ringgit, buku terpakai dan permaidani terpakai. Hasil kutipan dalam bentuk wang ringgit telah digunakan untuk membeli beberapa peralatan lain yang digunakan dalam aktiviti menyediakan sebuah Mini Library seperti indoor games, rak-rak buku, langsir dan beberapa jenis perhiasaan.

                                     
Gambar diatas menunjukkan antara peralatan yang akan didermakan kepada KPMU. 
Aktiviti Semasa Pelaksanaan Program

Semasa pelaksanaa program, pelbagai program juga telah dilaksanakan. Para pelajar telah melawat bilik untuk dijadikan Mini Library dan menjalankan kerja-kerja pembersihan. 

Selain itu, kerja-kerja penyusunan buku juga telah diadakan bagi membahagikan jenis-jenis buku yang ada. Ini adalah bagi memudahakan kerja penyusunan buku ke dalam rak seterusnya. Buku-buku yang ada telah dicop dengan logo Politeknik Ungku Omar sebagai tanda.




Setelah bilik tersebut telah dibersihkan, maka langkah seterusnya iaitu kerja-kerja mengecat telah diteruskan. Dimana warna kuning telah dipilih sebagai tema bagi menyerikan lagi suasana bilik tersebut. 
Program Menyediakan Meja & Kerusi Batu (Kursus Simenfero)

Selain daripada program menyediakan mini library, satu lagi aktiviti atau tugasan penting bagi para pelajar dalam program ini adalah kursus simenfero dimana para pelajar harus menyediakan 8 kerusi batu dan 2 meja batu yang akan diletakkan di sekitar kawasan Kompleks Pendidikan Manabi'ul Ulum.

Para pelajar bersama penduduk KPMU menyediakan rangka untuk kerusi batu menggunakan dawai besi.









Pasir dimasukkan ke dalam rangka yang telah dibuat oleh penduduk KPMU dan pelajar PUO bagi memenuhi dan memampatkan ruangan dalam rangka tersebut.







Kemudian, kerja-kerja menyimen kerusi batu tersebut dimulakan. Penduduk KPMU diajar dan dibimbing oleh pelajar PUO dalam melaksanakan aktiviti ini.