PROGRAM CSR BERSAMA ANAK YATIM KOMPLEKS PENDIDIKAN MANABI'UL ULUM, LEKIR PERAK. ANJURAN PELAJAR ADVANCED DIPLOMA ENTREPRENEURSHIP (SEMESTER 2) DAN ADVANCED DIPLOMA ACCOUNTACY (SEMESTER 3) TAHUN 2014

PENGENALAN
Program ini merupakan salah satu projek bagi subjek PU 702 Strategic Management yang telah dilaksanakan oleh para pelajar Diploma Lanjutan Keusahawanan Semester 2 dan juga Diploma Lanjutan Akauntasi semester 3 Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak. Program ini merupakan salah satu program yang merupakan Corporate Social Responsibility daripada pihak pelajar Politeknik Ungku Omar.

Pihak Politeknik sentiasa menggalakkan para pelajarnya untuk berbakti kepada masyarakat umum dan sentiasa melaksanakan Corporate Social Responsibility kerana ia telah menjadi tanggungjawab setiap insan dalam kehidupan. Gambar di atas merupakan gambar kenang-kenangan bersama Ustaz di KPMU.