Semasa pelaksanaa program, pelbagai program juga telah dilaksanakan. Para pelajar telah melawat bilik untuk dijadikan Mini Library dan menjalankan kerja-kerja pembersihan.
Selain itu, kerja-kerja penyusunan buku juga telah diadakan bagi membahagikan jenis-jenis buku yang ada. Ini adalah bagi memudahakan kerja penyusunan buku ke dalam rak seterusnya. Buku-buku yang ada telah dicop dengan logo Politeknik Ungku Omar sebagai tanda.
Setelah bilik tersebut telah dibersihkan, maka langkah seterusnya iaitu kerja-kerja mengecat telah diteruskan. Dimana warna kuning telah dipilih sebagai tema bagi menyerikan lagi suasana bilik tersebut.